facebook https://www.facebook.com/izyaninadhirahzamzam
twitter : http://twitter.com/nadhirahzamzam
@nadhirahzamzam
Thursday, May 10, 2012
Rasulullah menangis kerana wanita
Rasulullah ceritakan pengalaman saksi balasan dahsyat ketika isra'
mi'raj, Ali berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah
SAW. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya,
apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?" Baginda SAW
menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat
perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis
mengenangkan azab yang diterima mereka." Ali bertanya: "Apakah yang
ayahanda lihat di sana?" Rasulullah SAW menjawab: "Aku lihat ada
perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat
perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah
cair di-curah ke dalam halkumnya (tekak). "Aku lihat perempuan yang
digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya,
disuakan ular dan kalajengking. Aku lihat perempuan yang memakan
dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat
perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. "Aku lihat
perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti
yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang
hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak. "Aku lihat
perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar berbagai
kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti
anjing, kalajengking dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya
(punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka." Fatimah pun
bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah
kepada ananda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"
Rasulullah menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu
adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya.
Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya
untuk memaki dan menyakiti hati suaminya. "Perempuan yang digantung
susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa suaminya.
Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari
rumahnya tanpa izin suaminya. "Perempuan tidak mau mandi setelah haid
nan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia
berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang. "Perempuan
yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia
memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya
kecantikannya dilihat lelaki lain. "Perempuan diikat kedua kakinya dan
tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kalajengking kepadanya
kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi
janabah. "Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar
ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing
ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit
hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya
sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya." Abu Bakar
as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan
dilaknat dan kemurkaan Allah." Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga,
kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya
tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli
neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas
pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah
perempuan." Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api
neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada
pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka
adalah perempuan." Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah?
Baginda SAW menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan
ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia
belum berpuas hati dan cukup" Selamat Bermal...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment