facebook https://www.facebook.com/izyaninadhirahzamzam
twitter : http://twitter.com/nadhirahzamzam
@nadhirahzamzam

Friday, July 4, 2014

Julai/ramadhan


assalamualaikum,
malas nak cakap lame tak update blog sebab tu ayat memang selalu sangat guna da kan..
Alhamdulillah,bulan baru,sem baru,imej baru 
harap-harap diri ni mampu bawa perubahan yang baru sementara ada waktu lagi ni kan..
tambah-tambah bulan ramadhan,inshaAllah cuba kutip sebanyak mana mampu pahala tu kan..
kalau hati kita ikhlas,nawaitu pun kerana Allah,inshaAllah kita mampu beroleh ganjaran yang setimpal..

citer bab sem baru,haaa agak exited sebab dah final sem
means lagi 6 bulan nak habis
habis means nak keluar selama-lamanya dari penjara ni..
yeay.!!

lepas ni inshaAllah dah nak jadi staffnurse
lagi besar tanggungjawab tu..
tambah-tambah lagi bila benda tu berkait ngan nyawa manusia,
silap step mau melayang nyawa orang..

harap-harap tade lar jadi perkara-perkara yang tak diingini tu kan..
inshaAllah ikhlaskan niat tiap kali buat kerja tu,Allah akan permudahkan urusan kita

#istiqamah dalam melakukan perubahan
#ikhlaskanhati
#staffnurse-to-be




Wednesday, June 11, 2014

perbaiki diri untuk kebaikan bersama


amat terkesan bila kita nak tegur or citer something tapi niat kita disalah tafsirkan..
memang amat terkesan bila kena perli or semua tu..
ye la,nak menegur bukan bermakna kita nak tunjuk baik or what,aku sendiri pun jahil banyak lagi..

kadang ye la,bila kita nak nasihat orang,orang susah nak terima,malah ade yang akan cakap ‘sibuk nak nasihat orang,diri sendiri pun tak betul nak nasihat orang konon diri tu bagus sangat.
memang la diri aku pun tak bagus sangat untuk nasihatkan orang lain,tapi sometimes teguran tu untuk peringatan diri aku sendiri gak.
memang lah lebih baik jaga tepi kain sendiri dari sibuk jaga tepi kain orang kan..

kata imam Hasan al-Basri “sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu,bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampaui batas,untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya menyampaikan dakwah apabila dia sempurna,nescaya tidak ada pendakwah.Maka akan sikitlah orang yang memberi peringatan"

so that,dari situ kita dah faham kan,kita x perlulah cari orang yang sempurna untuk menegur kita dan kita tak perlulah menjadi sempurna untuk menegur orang lain. sebab nobody is perfect.!


maka,tegurlah saya wahai sahabat,kalau saya salah, dan bila saya menegur bukan kerana saya betul dan awak salah, tapi setiap hari kita belajar untuk memperbaiki diri,kan?? dan pembaikian itu lebih baik apabila kita saling menasihati.. ^_^

notakaki : aku pun baru merangkak,dan sering kali tersungkur. Tegurlah aku,bimbinglah aku agar aku tak terus terjatuh.

Dia bukan jodohku

Ya Allah,andai cinta itu bukan milik kami,biar apa jua dugaannya, kami mohon agar diberi kekuatan dariMu,untuk nengharunginya.

Ya Allah,andai cinta itu bukan lagi milik kami,biar seberapa kali kami cuba mempertahankan,kami memohon dariMu agar diberi kekuatan untuk menerima segala takdirMu yang indah ini...

andai suatu detik,apabila Allah menjauhkan dan memisahkan kamu dari insan yang kamu terlalu cintai,maka ucapkanlah "Allah maha mengetahui ,dia BUKAN jodohku,"
terimalah dengan hati terbuka dan tenang,redhalah dengan ketentuanNya..
kerana sesungguhnya milik Allah jualah segala cinta didunia ini..


notakaki : aku pun masih berharap pada cinta insan yang aku belum pasti..
cuma mampu berdoa andai dia jodohku nanti,dia mampu bimbing aku kejalan yang betul.. xkira la sape pun kan. inshaAllah..

Thursday, May 29, 2014

lalainya kita



Assalamualaikum..
salam jumaat..
hari yang sentiasa indah..
dan seharusnya kita patot bersyukur sebab masih mampu bernafas hari ni dan masih diberi peluang hidup dibumi-Nya ni kan..
sebab bila tiba hari jumaat je mesti hati jadi risau,gelisah,takut
takut andai itu jumaat terakhir kita dibumi ni..

sahabat,apa khabar imanmu hari ni??
dah top up ke belum??
al kahfi?? dah baca ke belum??
dunia dah hampir2 tamat dah pun..
apa kata kita sama2 baca al kahfi, perkuatkan iman kita,inshaAllah cuba amalkan baca sentiasa untuk elak fitnah dajjal..
bukan al kahfi je,surah lain pun rajin2kan baca jugak..
sekadar peringatan untuk diri sendiri gak sebenarnya..

terbaca dalam satu laman sosial ni tadi..

“kalaulah Al-Quran mampu berbicara,ia akan berkata ‘waktu kau masih anak-anak kau bagai teman sejatiku,denan wudhu kau sentuh aku,dalam keadaan bangga kau pegang aku,kau baca aku dengan lirih dan keras,tapi sekarang kau dah dewasa,nampaknya kau sudah tidak berminat kepadaku,apakah aku bacaan yang usang? yang tinggal sejarah? sekarang kau simpan aku dengan rapi,kau biarkan aku sendiri,aku menjadi kusam dalam almari,berlapis debu,dimakan kutu. aku mohon,peganglah aku. Bacalah aku setiap hari. Kerana aku menjadi penerangmu di dalam kubur nanti.."

Allah,sayunye hati bila baca.. sungguh.. memang aku selalu lalai sebelum ni.. abaikan kalam cinta Allah ni,jarang sangat aku sentuh, inshaAllah lepas ni rajinkan diri baca quran lagi..


Monday, April 28, 2014

hakikat hidup


agak bersawang dah blog aku ni..
konon buzy kan.. padahal ntah pape je buat..
belajar?? rasanya aku bukan la jenis yang pulun blajar bagai nak rak.
keje?? practikel sem ni x de lah penat sa
ngat sampaikan langsung x sempat nak jenguk blog kan
ntah la.. menyibukkan diri dengan benda2 remeh kot..
lagipun sekarang ni wechat,wassap,twitter,beetalk semua nak
amik alih kan .
sampai tak sempat nak kejar.
kejap je semua application tu timbul..
dan kejap je manusia2 mudah terjebak
(same la aku pun)


sebenarnye ramai yang x sedar lagi
(aku pun kadang hanyut sama)
lalai dengan benda2 ni semua
padahal ni semua cara halus mereka2 tu nak bagi kita makin lalai,makin hanyut kejar kemajuan dunia yang sampai bila2 takkan habis sampaikan dunia dah hampir tamat pun kita masih x sedar..
terlalu banyak dah Allah tunjukkan tanda2 kiamat tu makin hampir..
tapi,yang sedar akan hakikat dunia yang sebenar tu tak ramai.

Allah..

aku sendiri pun terlalu lalai,jahil..
sering terikut-ikut
sedangkan aku tahu amalan aku tu terlalu sikit untuk melayakkan aku masuk ke syurga..
dan aku tak pasti layak ke aku???

Allahuakhbar..

imbas kembali masa2 silam. jahil amat aku..
malah sekarang pun masih banyak aku tak tahu..
terlalu banyak lagi aku kena belajar..
merangkak mencari "kebenaran" yang sebenar-benar tu..
mampu ke aku??
InshaAllah.. cuba lah kan
kalau cakap je x mampu ubah apa2.
istiqamah tu penting..

sebab tu,pesan untuk diri ssndiri jangan terlalu lalai..
jangan terlalu mudah ikut nafsu.
dan pesan untuk sahabat,
tegur aku andai aku leka.
ingatkan aku andai aku lupa.

inshaAllah..


Saturday, February 8, 2014

Dugaan oh Dugaan


Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang terdiri daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;
    ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون
    ”Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.”[Al-Anbiyaa’: 35]

Tahun ni je dah berapa kali benda buruk jadi kat aku..
Aku pun tak tahu nape.. Mungkin Dia nak uji setakat mana aku mampu bersabar..
Ye lah, mula-mula printer rosak repair tu dah around RM100,then motor rosak around RM200,then lappy rosak around RM500 and now purse aku hilang..
purse hilang means aku hilang my ID card,semua kad kredit aku,LESEN aku,kad insurans dan gambar2 pasport yang student nurse..
OH MY.!!! seriously sakit jiwa weh.!!
susah kot nak pegi mana2,nak beli barang pun duit tader dan paling penting aku rasa aku ni same cam pendatang asing sebab tader identiti card menyatakan aku warganegara MALAYSIA..

BLANK. aku tak tahu dah nak buat ape.

Lastly bila otak dah mula berfikir waras balik aku try contact mama,for sure berbakul-bakul mama membebel.. Tapi memang betul pun,bila benda tak pernah jadi kat aku so aku amik mudah benda tu. Dah jadi macam ni mula la nak menggelabah tak ingat dunia.. Ala,kalau jadi kat orang lain pun confirm akan jadi biul cam aku jugak walaupun sekejap kan..

Ok,stop membebel pasal tu.. So ape yang aku kena buat sekarang nak kena block semua account,nak kena report polis,nak kena buat IC dengan LESEN baru,nak kena pergi bank-bank untuk buat kad baru dan nak kena sambung dengar bebelan dari beberapa pihak lagi..

1st - pergi balai polis dan buat report.. Kali ni FATHONAH banyak tolong aku.. Membantu sangat-sangat.. THANX buddy sebab betul-betul kawan sejati,ada time aku susah dan senang (touching)
nak buat report aku kena angkut Fathonah teman aku ke balai sebab nanti kalau Encik Polis nak saman aku sebab naik motor takde lesen aku boleh cakap Fathonah drive. Lagipun aku mane pernah masuk balai,kalau ade teman ni takde la nak "NEBES" sangat kan..

2nd - block semua kad bank.. habis kredit aku nak block semua kad ni.. tapi terpakse la.. berhabiskan kredit sikit daripada duit aku semua habis..

3rd - aku pun tak tau dah nak buat apa.. sebabnya nak buat IC susah nak keluar memandangkan kelas kami everyday office hour. So agak susah lah nak keluar.. Sama jugak dengan lesen aku.. Kad bank maybe boleh tapi kena tunggu next week la. Tu pun kena mintak duit dengan my dad dulu untuk bayar denda nak buat semua kad ni.. Ok,get ready nak dengar daddy plak membebel lepas ni..

DAN HARI NI.. sesungguhnya aku ni bukan lah jenis manusia yang mampu bersabar. Ya.! Mungkin untuk beberapa hari aku mampu,tapi lastly hari ni aku rase macam satu beban yang berat menghempap diri aku.. Seriously aku rasa down gila.. Luckily ade insan-insan yang setia disisiku (skemanye ayat) yang sanggup tolong aku..Ade untuk sentiasa bagi semangat pada aku..

For capital A,thanx sesangat sebab betul-betul tolong saya,cheer me back.. Fathonah keep make me smile like u did.. budak-budak group aku pun ramai yang tanya am i alright.. Thanx buddy.. aku sayang korang-korang yang ada time aku susah.. Time senang korang memang ade.. At least aku tau sape yang betul-betul kawan sejati kan.. #statement bukan nak cari pasal,just sekadar luahan..

Rasanya dah boleh stop kot.. panjang berjela da tu..
good nite ^__^



    لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
    ”Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.“ [Al-Baqarah: 286]
notakaki :
sekurang-kurangnya aku tahu Allah masih sayang aku sebab tu Dia uji aku.. supaya aku sentiasa ingat Dia..


Wednesday, February 5, 2014

newyear

                                     sweet stalker..
nice word untuk aku jadikan point nape aku na update blog kali ni..
agak lame tak update. dan sebenarnya memang aku da ase malas nak update..
tapi disebabkan ade "sweet stalker" yang stalk tweet dan blog aku baru2 ni sampaikan terjadinye perselisihan faham antara aku dan dia,so aku try konon2 update la hari..

well,sedar x sedar dah tahun 2014.. bermakna umur aku pun makin meningkat.. (suka sangat mention umur makin meningkat) dan bermakna ni juga merupakan tahun last aku memegang title "PELAJAR JURURAWAT"..
how i wish mase tu boleh berlalu dengan pantas so that aku TAK perlu nak hadap masa2 yang menyeksakan jadi student ni.. Tapi tu lah kan,hakikat sebenar yang aku memang takkan mampu ubah yang sememangnya aku kena jadi student dalam masa 3 tahun ni. DaH namanya takdir. nak ke tak nak kena gak hadapi kan.. mana nak tahu satu hari nanti ape yang aku tak suka selama ni akan jadi benda yang aku paling suka..

Dan disebabkan aku dah final year,so berubahlah colour pip dekat bahu aku ni kan..
Final year ni dah pakai pip merah la.. hahaha (gelak jahat) .. Dan merah bermakna dah mula nampak la aura2 seniority tu.. (tapi aku still lagi tergolong dalam senior yang sopan *kot)

sejujurnya jadi senior ni lagi tak best.. SEBAB?? sebabnya makin senior makin banyak tanggungjawab yang kena pikul,makin banyak beban dan semestinya makin tinggi persepsi orang pada kita terutamanya kalau masuk wad waktu praktikal nanti.. Ye la,dah senior kan mesti banyak benda yang kita dah tau walaupun kadang kala benda tu kita tak tahu tapi orang mesti expect kita untuk tahu memandangkan kita senior.. Am i right??
Benda ni la yang aku paling tak suka,sebab confirm bila masuk wad,apa-apa kesalahan yang dilakukan mesti dan amat-amat pasti kami yang senior ni dulu akan kena walaupun tu bukan salah kami.. OH MY.. susahnya. Kalau boleh aku lagi prefer jadi junior daripada jadi senior. Susah wa cakap lu..

DAN... bila dah masuk final year ni confirm kita akan sentiasa fikirkan hala tuju kita lepas qualified ni..
Confirm la akan jadi staffnurse,tapi yang menjadi persoalannya kat mana aku akan di'posting'kan,macam mana agaknya pengurusan dekat sana dan paling aku takut how will i do to my patient. Kalau sekarang ni tak apa lah kan sebab student lagi,kalau tak tau pun orang tak amik kesah sangat sebab still belajar,tapi bila dah kerja kalau tak tau jugak ape function jadi staffnurse kan. Macam takde guna je.
Silap step,silap teknik mau melayang nyawa patient.. TAKUTNYA.!!
Hope la takda apa-apa yang teruk jadi.

Ahaks,macam dah panjang sangat aku merapu ni. Dah patot stop dulu rasanya ni.
BUBBYE.. Anyonghasaeyo..


Sunday, December 1, 2013

rawatan bagi menangani kolesterol

memandangkan baru2 ni makcik aku banyak tanye sal kolesterol ni, and nak tau details cara nak elak kolesterol tinggi  so aku cari la artikel ni kat internet.. kira senang cakap aku pun banyak copy paste gak sal kolesterol ni. ye lah.. nursing ni bukan belajar sal kolesterol je,random.. so for sure if nak tau details kena search sendiri gak..
hope benda ni sedikit sebanyak leyh lah membantu kan..
aku ade terbaca sal cuka kurma boleh kurangkan kolesterol dan darah tinggi.. cuka kurma/cuka epal.. 
maybe boleh try..
PETUA NI DARI hairul.com
Rawatan alternatif bagi menangani paras kolesterol yang tinggi boleh dilakukan dengan dua pendekatan, iaitu melalui bahan makanan dan suplemen yang diambil. Makanan yang telah dikenalpasti boleh membantu menurunkan paras kolesterol ialah makanan yang mengandungi fiber yang tinggi; makanan diperbuat daripada kacang soya seperti susu soya, tempe, tauhu, dsb.; sayur-sayuran; buah-buahan termasuk limau dan epal; kekacang; bijirian seperti oat, barli, flaxseed; makanan mengandungi omega-3 yang tinggi seperti ikan salmon, tuna, dsb.; dan elakkan pengambilan minyak trans seperti minyak sayuran yang separa hydrogenated danhydrogenated.

Suplemen (makanan tambahan) yang boleh dibeli di farmasi atau kedai ubat juga boleh membantu mengurangkan paras kolesterol dalam darah seperti bawang putih, guggulipid, beras yis merah, policosanal (dihasilkan oleh tebu), herba-herba lain seperti halia, kunyit dan rosemary.

another article
) Jambu batu

Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan berfungsi yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia.

Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan.

Ketua Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rokiah Yusof berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu.buah itu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.

Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.

Dr. Rokiah memberitahu, jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.

Beliau menasihatkan supaya buah jambu batu dijadikan sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan.

Katanya, bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu.

"Tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya,'' ujar beliau

.2) Betik

Selain jambu batu, buah betik juga boleh menurunkan paras kolesterol sebanyak 19.2 peratus sekiranya diambil secara rutin dalam jangka waktu empat minggu.

Buah betik yang sudah dibuang biji dan kulitnya perlu diambil sebanyak 400 gram sehari.

3) Nanas

Nanas turut tergolong dalam kumpulan buah yang mengandungi vitamin yang tinggi dan ia boleh diambil dalam jumlah yang sama iaitu 400 gram.

Dr. Rokiah menjelaskan, asid yang ada dalam nanas membantu tubuh dan ia tidak memudaratkan mereka yang mengambilnya.

"Dalam nanas ada tambahan vitamin C dan nanas turut berfungsi sebagai antioksida.
"Malah nanas juga berupaya menurunkan paras kolesterol sebanyak 8.38 peratus dalam masa tiga minggu sahaja,'' katanya lagi.

4) Pisang emas

Bagi penggemar pisang emas pula mungkin ini merupakan berita gembira untuk anda kerana buah tersebut juga berfungsi mengurangkan paras kolesterol dalam darah.

Pisang emas boleh diambil sebanyak empat hingga lima biji sehari dalam tempoh empat minggu.

Bagaimanapun, pisang emas masih tidak dapat menandingi jambu batu yang disifatkan sebagai buah yang paling bagus diikuti dengan nanas, tembikai, belimbing dan betik.

Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil lima jenis hidangan buah-buahan sehari kerana ia membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada tubuh.

Kolesterol Rendah : 4 Cara untuk cepat mengurangkan kolesterol 

Menurut pakar, terdapat empat cara asas untuk mendapatkan kolesterol yang rendah seperti yang anda mahukan:

    
Makan diet yang sihat.
    
Bersenam
    
Menurunkan berat badan
    
Mengambil ubat - dalam sesetengah kes

tapi sebaiknye kan.. mula2 try dulu tahu Tahap Kolesterol Anda

Kolesterol adalah bahan lemak seperti yang beredar di dalam darah anda. Sesetengah daripadanya dibuat secara semula jadi oleh badan kita, dan selebihnya datang dari makanan yang kita makan.Terdapat dua jenis kolesterol yang utama: HDL dan LDL.

    
LDL adalah "kolesterol jahat." Ia boleh menyumbat arteri anda, meningkatkan risiko serangan jantung dan strok. Tahap sihat: Kurang daripada 100mg/dL.

    
HDL adalah "kolesterol baik." Apa yang baik tentang perkara ini? HDL melekat kepada kolesterol buruk dan pengiring ke hati, yang menapis ia keluar dari badan. Jadi HDL mengurangkan jumlah kolesterol jahat dalam sistem andaNombor sihat: 60mg/dL atau lebih tinggi.

    
Kolesterol secara umum adalah jumlah semua jenis kolesterol di dalam darah kita. Walaupun doktor anda masih boleh merujuk kepada angka ini, ia adalah kurang penting berbanding tahap HDL dan LDL. Tahap sihat: Kurang daripada 200 mg / dL.

    
Trigliserida pula bukanlah kolesterol, tetapi adalah satu lagi jenis lemak terapung di dalam darah anda. Sama juga seperti dengan kolesterol buruk, jika anda mempunyai paras trigliserida yang tinggi, ia akan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular. Tahap sihat: Kurang daripada 150 mg / dL. 

Adakah anda terfikir tentang bagaimanakah cara untuk mengendalikan tahap kolesterol LDL, HDL dan trigliserida? Berikut adalah bagaimana untuk melakukannya.

1. Kolesterol Rendah dengan pemakanan yang sihat.


Anda mungkin telah mendengar tentang perkara di atas sebelum ini, tetapi makanan yang tinggi dengan lemak tepu dan sebahagian kecilnya tinggi kolesterol, meningkatkan paras kolesterol anda. Ini termasuk makanan seperti kuning telur, daging berlemak, dan produk tenusu penuh lemak.Plutzky mengesyorkan anda juga perlu mengurangkan asid lemak trans seperti yang sering yang terdapat di dalam makanan yang diproses dan digoreng.Pemakananan untuk jantung sihat harus diutamakan. Malah, sesetengah makanan yang dimakan secara sederhana - sebenarnya boleh memperbaiki paras kolesterol anda. Ia termasuk:

    
Ikan lemak, seperti tuna dan salmon
    
Kacang, terutama walnut dan badam
    
Oatmeal dan oat bran
    
Makanan yang diperkaya dengan stanols, seperti sesetengah marjerin dan jus oren 


Bagaimanakah diet membantu? Ia bergantung."Cara pemakanan mempunyai kesan yang berbeza-beza terhadap kolesterol rakyat," kata Roger Blumenthal MD, pengarah Pusat Kardiologi Pencegah di Sekolah Perubatan Johns Hopkins di Baltimore. "Sesetengah orang mendapatkan manfaat yang banyak daripada yang lain."Blumenthal mengatakan, cara pemakanan cenderung untuk membantu orang yang merendahkan trigliserida dan meningkatkan kolesterol HDL yang baik, tetapi ia adalah kurang berkemungkinan untuk mempunyai impak yang besar terhadap kolesterol LDL yang buruk.

2. Meningkatkan Kolesterol Dengan Senaman


Senaman adalah cara lain untuk memperbaiki paras kolesterol anda. Peningkatan aktiviti fizikal boleh mempunyai kesan yang baik terhadap kolesterol, merendahkan trigliserida (dan kolesterol jahat LDL sebahagian kecilnya), dan sekaligus meningkatkan kolesterol HDL yang baik anda.Sudah tentu, jenis senaman adalah terpulang kepada anda. Plotzky berkata tidak kira apa jua jenis aktiviti aerobik -  tetapi sesuatu yang dapat meningkatkan kadar jantung anda - adalah baik. Blumenthal mengatakan bahawa berjalan kaki sering merupakan cara terbaik bagi mereka yang baru hendak bermula."Saya menggalakkan orang ramai untuk membeli alat pengukur langkah $ 10 untuk mengira langkah-langkah mereka," kata Blumenthal"Ia adalah cara yang mudah untuk mengukur tahap usaha anda dalam mengawal kolesterol, dan ia adalah cara mudah untuk bekerja dan berjalan pada siang hari." 


3. Kurangkan Berat, Kolesterol Rendah

Berat badan berlebihan cenderung untuk membawa kepada paras kolesterol yang tidak sihat.Kehilangan berat badan boleh menurunkan kolesterol LDL buruk anda dan trigliserida. Ia juga boleh meningkatkan kolesterol HDL baik anda.Sudah tentu dengan mengambil produk penurunan berat badan dan juga senaman merupakan cara yang baik. Jadi jika anda sudah bertambah baik dari segi pemakanan dan mula bersenam, mengapa masih perlu mengurangkan berat badan?Kemudian anda perlu membuat beberapa penyesuaian lagi - secara beransur-ansur. Sebaik sahaja anda telah mengurangkan pengambilan lemak tepu, lemak trans, dan kolesterol, anda boleh memberi tumpuan kepada memotong kalori. Dalam masa yang sama, apabila anda telah mendapat ke dalam rutin senaman, anda boleh melangkah sehingga intensiti untuk kehilangan beberapa pound. 


4. Mengawal Kolesterol Dengan Ubat

Jadi apa yang berlaku jika pemakanan, senaman dan berat badan tidak cukup untuk membawa kolesterol anda di bawah kawalan? Doktor anda mungkin mengesyorkan ubat.Perubatan juga boleh menjadi pilihan pertama bagi orang-orang yang mempunyai faktor-faktor risiko yang lain."Jika anda mempunyai kolesterol tinggi dan penyakit jantung atau diabetes," kata Blumenthal, "bukti-bukti yang cukup jelas bahawa anda harus menggunakan ubat."Perubatan boleh mempunyai kesan dramatik pada kedua-dua tahap kolesterol anda dan kesihatan anda secara keseluruhan. "Orang ramai perlu memahami bahawa menggunakan ubat boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan strok oleh 30-40%," kata Blumenthal.Beberapa jenis ubat boleh membantu, termasuk:

    
Statin, seperti Crestor, Lescol, Lipitor, Mevacor, Pravachol, dan Zocor. Statin biasanya pilihan pertama untuk perubatan. Mereka menghalang kesan enzim yang membantu membuat kolesterol. Mereka juga menurunkan kolesterol buruk oleh kekalahan 20-55%. Mereka mempunyai kesan sederhana trigliserida dan memberi rangsangan yang ringan kepada kolesterol baik anda.

    
Ezetimibe (Zetia) adalah kolesterol mengurangkan ubat baru yang berkurangan berapa banyak kolesterol badan menyerap. Ia boleh menurunkan kolesterol tidak baik sehingga 25%.Ezetimibe boleh digabungkan dengan statin untuk meningkatkan kesan merendahkan kolesterol.Vytorin adalah ezetimibe digabungkan dengan Zocor statin.

    
Niasin, didapati sebagai Niacor, Niaspan, dan Nicolar (antara lain), merendahkan kolesterol LDL dan trigliserida dan meningkatkan kolesterol HDL. Tahap LDL biasanya dipotong oleh 5-15% dan boleh dikurangkan sehingga 25%.

    
Resin asid hempedu suka Colestid, Sesungguhnya Cholest, Prevalite, Questran, dan WelChol.Mereka berpegang kepada kolesterol dalam usus dan mengelakkan ia daripada diserap. Mereka boleh menurunkan kolesterol LDL oleh 15-30%.

    
Asid Fibric seperti Atromid, Lopid, dan Tricor. Mereka terutamanya mengurangkan trigliserida anda dan juga boleh memberi rangsangan ringan kepada HDL anda. LDL terjejas sedikit sebanyak.Seperti mana-mana ubat-ubatan, ubat-ubatan untuk menurunkan kolesterol anda boleh mempunyai kesan sampingan. Berbincang dengan pembekal penjagaan kesihatan anda tentang risiko.Jika anda memutuskan untuk memerlukan ubat, bukanlah bermaksud perubahan gaya hidup anda telah gagal. Sesetengah orang yang mempunyai kolesterol yang tinggi , tidak hanya bertindak balas serta-merta dengan senaman dan pemakanan, tetapi dengan mengikuti perubahan gaya hidup,  membolehkan anda untuk mengambil dos perubatan yang lebih rendah .Empat Rawatan Kolesterol: Yang Adakah Terbaik?Rawatan yang terbaik berbeza dari seorang ke seorang. Orang yang berisiko rendah boleh cuba perubahan gaya hidup pertama dan hanya bergerak kepada ubat jika mereka memerlukannya. Lain-lain yang berisiko yang teruk mungkin memerlukan ubat, seperti statin, segera.Memang diakui, perubahan gaya hidup mungkin tidak mencukupi untuk menurunkan paras buruk LDL anda secara drastik."Aktiviti fizikal dan pemakanan yang lebih baik boleh menurunkan trigliserida anda dan meningkatkan [baik] kolesterol HDL," kata Plutzky. "Tetapi ia agak sukar untuk makan atau bersenam cara anda ke tahap yang lebih baik LDL."Tetapi itu tidak membuat perubahan gaya hidup mana-mana yang kurang penting atau memberi anda pas percuma untuk menjelirkan tentang rumah makan ais krim. Anda masih perlu untuk menjaga makan dengan baik dan bersenam."Senaman dan perubahan pemakanan mempunyai banyak manfaat kardiovaskular yang tidak akan muncul pada ujian kolesterol," kata Plutzky. Senaman, makan dengan baik, dan kehilangan berat badan boleh menurunkan tekanan darah, mengurangkan kadar jantung anda, dan mengurangkan risiko kencing manis dan penyakit-penyakit lain. Dan ingat bahawa matlamat sebenar anda adalah bukan semata-mata untuk tahap kolesterol yang lebih baik, tetapi risiko yang  rendah daripada mengalami penyakit kardiovaskular.Jika doktor anda tidak menetapkan statin, anda mungkin mempunyai perasaan bercampur-campur. Anda mungkin tidak suka idea berada di ubat untuk sepanjang hayat anda. Tetapi Blumenthal dan 
Plutzky menggesa orang untuk berfikir tentang manfaatnya."Keselamatan dan keberkesanan statin adalah hebat," kata Plutzky"Ia mungkin salah satu kemajuan besar perubatan kami setelah dalam tahun-tahun kebelakangan ini."DanBlumenthal meramalkan bahawa tidak lama lagi mereka boleh diambil seperti aspirin pencegahan kini - walaupun dalam orang-orang yang tidak mempunyai kolesterol yang tinggi oleh standard hari ini.Plutzky mengatakan bahawa kita telah datang jauh dalam memahami dan rawatan kami kolesterol tinggi."Kami mempunyai rawatan yang cemerlang dan selamat untuk kolesterol tinggi sekarang," kata Plutzky, "Apa-apa rawatan kepada rakyat yang mempunyai kolesterol yang benar-benar tinggi pada masa lalu telah diberikan. Jadi jika anda memerlukannya, ia adalah buka sesuatu yang memalukan untuk mengambil kesempatan daripada mereka. "



ok lah.. dah berjela2 dah artikel aku copy..
hope ley la kot membantu sikit sebanyak kan..
bubbyeee...