facebook https://www.facebook.com/izyaninadhirahzamzam
twitter : http://twitter.com/nadhirahzamzam
@nadhirahzamzam

Wednesday, June 11, 2014

perbaiki diri untuk kebaikan bersama


amat terkesan bila kita nak tegur or citer something tapi niat kita disalah tafsirkan..
memang amat terkesan bila kena perli or semua tu..
ye la,nak menegur bukan bermakna kita nak tunjuk baik or what,aku sendiri pun jahil banyak lagi..

kadang ye la,bila kita nak nasihat orang,orang susah nak terima,malah ade yang akan cakap ‘sibuk nak nasihat orang,diri sendiri pun tak betul nak nasihat orang konon diri tu bagus sangat.
memang la diri aku pun tak bagus sangat untuk nasihatkan orang lain,tapi sometimes teguran tu untuk peringatan diri aku sendiri gak.
memang lah lebih baik jaga tepi kain sendiri dari sibuk jaga tepi kain orang kan..

kata imam Hasan al-Basri “sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu,bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampaui batas,untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya menyampaikan dakwah apabila dia sempurna,nescaya tidak ada pendakwah.Maka akan sikitlah orang yang memberi peringatan"

so that,dari situ kita dah faham kan,kita x perlulah cari orang yang sempurna untuk menegur kita dan kita tak perlulah menjadi sempurna untuk menegur orang lain. sebab nobody is perfect.!


maka,tegurlah saya wahai sahabat,kalau saya salah, dan bila saya menegur bukan kerana saya betul dan awak salah, tapi setiap hari kita belajar untuk memperbaiki diri,kan?? dan pembaikian itu lebih baik apabila kita saling menasihati.. ^_^

notakaki : aku pun baru merangkak,dan sering kali tersungkur. Tegurlah aku,bimbinglah aku agar aku tak terus terjatuh.

No comments:

Post a Comment