facebook https://www.facebook.com/izyaninadhirahzamzam
twitter : http://twitter.com/nadhirahzamzam
@nadhirahzamzam

Sunday, August 18, 2013

18 AUGUST 2013

pejam celik pejam celik da masuk 4 semester aku bergelar "student nurse"..
daripada tak tahu pape sampai lah aku blajar camner nak rawat pesakit,nak inject,tengok sendiri proses kelahiran bayi,perkembangan baby macam2 lah..
pendek kata aku belajar mengenai kehidupan manusia ni sendiri dalam erti kata lain aku belajar mengenai kehidupan aku sebelum ni dan selepas ni..
bukan nye senang nak jadi nurse, kalau dulu boleh lah aku nak cakap nurse  ni keje mudah je,bagi makan ubat,cucuk orang,jage time sakit kat wad..
tapi tu semua dulu,bila kita dah pegang title "NURSE" biarpun just as student nurse,aku belajar sendiri erti keperitan menjadi seorang nurse tu..
nak kena sabar dengan macam2 kerenah manusia ni,nak kena berkorban masa kita untuk famly,anak2,suami semua, korban cuti,dan paling mencabar kita terpaksa berdepan dengan risiko pelbagai penyakit yang kita sendiri tak tau akan berlaku pada kita..
susah baq hang..
orang lain boleh la cakap "ala,nurse ni duk goyang kaki depan kaunter je kejenya, nurse ni duk nyembang je, nurse ni nurse tu bla bla bla"
walhal mereka tak tau kami sebenarnya cuba mencuri sedikit masa untuk berehat setelah bermacam2 ragam kerja kami lakukan..itu pun belum tentu dapat rehat..
sebab tu,sebolehnya jangan lah pandang sesuatu kerja tu ala kadarnya..
kalau diberi peluang jadi nurse,rasa sendiri apa yang kami rasa ni,sanggup ke semua orang nak buat cam kami? sanggup ke anda2 semua cuci najis orang asing yang bukan sape2 pada anda? sanggup ke anda2 semua tahan dimaki diherdik dicela setiap hari? sanggup ke anda2 semua berdepan dengan penyakit2 yang sudah tentu merbahaya dan boleh memudaratkan anda sendiri sekiranya tidak dijaga dengan rapi? sanggupkah anda korbankan cuti raya,cuti mingguan,cuti bermacam2 cuti lagi, ready untuk on coll menggantikan tugas2 orang lain.? SANGGUPKAH ANDA??
 sebab tu kita kena fikir sebelum kita nak judge sesuatu perkara tu..

#renungkanlah...

No comments:

Post a Comment