facebook https://www.facebook.com/izyaninadhirahzamzam
twitter : http://twitter.com/nadhirahzamzam
@nadhirahzamzam

Tuesday, May 22, 2012

Di antara kata-kata hikmah Imam al-Ghazali dalam nasihat al-Muluk,beliau mengatakan, manusia ada empat kategori...

Pertama, seorang berpengetahuan dan tahu apa yang dia tahu. Dialah orang berilmu.

Kedua, orang berpengetahuan, tetapi dia tidak tahu apa yang dia tahu. Dialah pelupa. Hendaklah kamu mengingatkannya.

Ketiga, orang tidak berpengetahuan dan sedar dia tidak tahu. Dia memerlukan tunjuk ajar. Hendaklah kamu mengajarnya.

Keempat, orang tidak berpengetahuan tetapi tidak tahu apa dia tidak tahu. Dialah orang yang bodoh. Hendaklah kamu memberikannya ilmu pengetahuan.

Ilmu diumpamakan seperti hujan membasahi bumi. Ia mampu menumbuhkan, menghidupkan, menyuburkan pelbagai tanaman dan manfaat kepada makhluk serta sifatnya boleh menyucikan.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

No comments:

Post a Comment