facebook https://www.facebook.com/izyaninadhirahzamzam
twitter : http://twitter.com/nadhirahzamzam
@nadhirahzamzam

Tuesday, May 22, 2012

berubah ke arah kebaikan





bila dia menjauh,

bila masa membina jarak,
dan jarak membina tembok.

jangan pernah lupa bahawa kita pernah bertanya pada DIA tentang dia.
jangan lupa bahawa kita pernah meminta DIA menjauhkan dia,
bila dia bukan untuk kita.

maka bila dia semakin jauh,
mungkin ini petunjuk dariNYA.
belajarlah kembali menjalani hari dengan sendiri.
belajarlah menerima dengan redha dan lapang dada.
kerana aturan Allah lebih indah dan baik dari yang dijangka.

jangan pernah lupa,
semua hanya boleh berlaku dengan izin dan redhaNYA.
maka bila bukan namanya yang tertulis dalam rencanaNYA,
maka,biarlah dia itu menjauh,namun
jangan biarkah DIA menjarakkan dia dari kita…. :’)








Rasulullah saw. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)

Solat Jumaat
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual beli, yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui”. (Al-Jumaat: 9)

Rasulullah bersabda maksudnya : “Solat Jumaat adalah wajib ke atas setiap orang Islam secara berjemaah kecuali empat iaitu hamba sahaya, perempuan, kanak-kanak dan orang sakit”. (HR Abu Daud dan Al-Hakim)

Hayya a'la solah
 Rabiatul Adawiyah

~Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seorang insan, kerana ia tidak kekal. Cintakan manusia sering kali membuatkan seseorang gagal, kecewa, menderita dan terseksa. Oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri. “Ya Allah, Ya Tuhan Yang Maha Perkasa. Ajarilah aku untuk meletakkan rasa cinta itu kepadaMu…biarlah diriku kehilangan cinta insani asalkan diriku mampu untuk terus-terusan mencintaimu Ya Allah~

Rabiatul Adawiyah






 Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya:
"Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi 7 alasan engkau."

1. dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)
2. nak jaga mata, hati dan kemaluan
3. nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila2 masa sahaja
4. nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan kami, mati bila2 masa aje
5. dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala
6. dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yg lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga
7. nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama
8. saya sayang dan cintakan anak pakcik

camne ade brani..???











duhai teman musafirku,
aku bukanlah "SITI KHADIJAH" untukmu,
tapi,
bimbinglah aku untuk menjadi pendamping setiamu sepertinya,
aku bukanlah "HAJAR" untukmu,
namun,
bimbinglah aku untuk menjadi sekuat dirinya,
aku bukanlah "MARYAM " untukmu,
namun,
pimpinlah aku untuk menjadi setabah dirinya,
jua
aku bukanlah "MASHITAH "untukmu,
namun,
didiklah aku agar aqidahku seteguh aqidahnya.
aku bukanlah " AISYAH" untukmu,
namun,
ajarilah aku untuk membahagiakanmu,
seperti "AISYAH" membahagiakan "RASULULLAH"





 ~3 DARINYA DIRASAI SEMASA DI DUNIA
*allah akan menghilangkan berkat dr usahanya dn begitu juga trhdp rezekinya
*allah mencabut NUR org-org mukmin darinya
*dia akan dibenci olh org-org briman

~3 MACAM BAHAYA KETIKA DIA HENDAK MATI
*roh dicabut ketika dia dalam keadaan kehausan yg tramat sgt.
*dia merasa tramat pedih ketika rohnye d cabutkan
*dia akn dirisaukan dan imannyer akan hilang

~3 MACAM BAHAYA YG AKAN DIHADAPI KETIKA BERADA D DLM KUBUR
*dia akan berasa susah trhdp pertanyaan mugkar dan nangkir
*kuburnya akan menjadi gelap
*kuburnya akan menghimpit sehinga tulang rusuknya berkumpul

~3 LAGI AZAB NANTI DI HARI KIAMAT
*hisab keatasnya menjadi sagat berat
*allah sangat murka padanya
*allah akan menyiksa dgn api neraka..

### rasulullah s.a.w bersabda "sesungguhnya org yg meninggalkan solat berjemaah adalah trkutuk"





 Jika kamu menyukai seseorang,usahlah kau pamerkan kasih sayangmu,
kelak kamu akan kecewa...

Jika kamu meminati seseorang, usahlah menunjukkan kepada si dia,
kelak kamu akan derita...

Jika kamu berkenankan seseorang, usahlah kau luahkan pada si dia,
sebaliknya luahkanlah hanya pada Dia...

Jika kamu memang benar-benar tergila-gilakan seseorang,
marilah meminta daripada Allah S.W.T, kerana Dia Maha Mendengar....

Jika benar cinta kamu kepada seseorang itu kerana Allah S.W.T,
siapa tahu Dia menggerakkan hati kamu berdua & menjOdOhkan kalian didunia serta disyurga....

InsyaAllah,Aamiin allahumma aamiin.....(u_u)








 Antara Syarat Untuk Masuk Syurga

Abul-Laits berkata: Sesiapa yang ingin mendapat kehormatan berupa syurga yang penuh kenikmatan itu hendaklah menepati lima perkara, iaitu:

1. Menahan dari maksiat, kerana firman Allah yang bermaksud: Dan menahan nafsu dari maksiat maka syurga tempatnya.

2. Rela dengan pemberian yang sederhana sebab tersebut dalam hadis: Harga syurga itu ialah tidak rakus pada dunia.

3. Rajin, taat dan semua amal kebaikan, sebab kemungkinan amal itulah yang menyebabkan pengampunan dan masuk syurga, firman Allah SWT: Itu syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu.

4. Cinta pada orang-orang yang salih dan bergaul dengan mereka sebab mereka diharapkan syafa’atnya sebagaimana dalam hadis: Perbanyaklah kawan, kerana tiap kawan itu ada syafaatnya pada hari kiamat.

5. Memperbanyakkan doa dan minta masuk syurga dan husnul khatimah.

Yahya bin Mu’adz Al-Razi berkata: Meninggalkan dunia berat, tetapi meninggalkan syurga lebih berat, sedang maharnya syurga ialah meninggalkan dunia.

Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Siapa yang minta kepada Allah syurga sampai tiga kali, maka syurga berdoa: Ya Allah masukkan ia ke syurga dan siapa berlindung kepada Allah dari neraka tiga kali, maka neraka berdoa: Ya Allah hindarkan ia dari neraka.

Wallahu’alam….







 Kalau orang kata kamu tak cantik, tak hensem, tak comel..kamu jawab balik macam ini :

"Tak pe...biarx cantik Rupa tapi, cantik Akhlaknya"
"Tak pe..biar x Hensem tapi, biar hensem Imannya"
"Tak pe..biar Kulit ni gelap, asalkan x gelap Hatinya"
"Biar x berseri wajah (Pakai Produk Mahal) asalkan, seri wajah tak lekang dari wuduk"
"Biarlah orang kata x laku, sebab Allahx melihat luaran melainkan Iman kita "

KERANA:

Rumah yang terakhir : LAHAD
Kenderaan yang terakhir : KERANDA
Pakaian yang terakhir : KAFAN
Harta yang terakhir : AMALAN







 Ya Allah..bila kehadiranku MENGANGGU hatinye,,x membawa KEBAIKAN pdnya..maka Kau pisahknlh kami biarpon kami terluka..
Bila aku TIDAK LAYAK dan bukan yg terbaek utknya,,maka Kau jauhknlh aku darinya..
Bila bkn aku yg TERTULIS utk melengkapkn separuh dr agamanya,,maka JARAKKAN kami agar tdk timbul rasa yg mengundang KECEWA...

Ya Allah,
Kau peliharalah hatiku
Jgn sampai aku mcuri imnnya xpa aku sedari
Ku mohon sungguh2 Ya Rabb kuatkn
imanku dan imanya...

ameen...





 Sekiranya Aku Menjadi Pilihanmu..
Sekiranya kau pilih aku sebagai permaisuri hati,
Pimpinlah aku menuju redha_Nya ,bukan membuka jalan untukku melangkah ke Neraka.
Tutuplah matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,
pandanglah aku dengan kekuranganku,
Nilai kembali niatmu,masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku...???

Sekiranya kau pilih aku sebagai permaisuri hati,
Jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,
Hentikanlah madah-madah terindahmu untukku,
Sehingga saat halal itu berlaku,aku mohon agar kau sandarkan niatmu,kepada yg menentukan ,aku pinta agar kau sentiasa dalam Istikharah,agar kita kan bisa menemukan insan yg tepat,
Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.




 Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.
Tapi luahkanlah pada Allah, beritahu Allah.
Allah Maha Mengetahui siapa jodoh kita.
Cintai si dia dalam diam.
Dari kejauhan disulami kesederhanaan dan keikhlasan.

Jika benar cinta itu kerana Allah,
Maka biarlah ia mengalir mengikut aliran Allah
Kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah
Maka ia pun berhilir hanya kepada Allah




 ADAM, mengertilah... HAWA bukanlah insan yang kuat.. bukan juga insan yang bisa menahan nafsu.. tatkala diri diuji, HAWA sering tewas... tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri.. ✐ ADAM, mengertilah... sungguh, HAWA telah cuba melakukan yg terbaik.. agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia... telah HAWA cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya.. HAWA sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj.. perfume, make up, perhiasan... telah HAWA elakkan sejauh-jauhnya.. namun mengapa masih ADAM tertarik pada HAWA yg serba kekurangan ini.. ✐ ADAM, mengertilah... HAWA ini berjiwa lembut... sukar untuk HAWA menolak bila ADAM meminta... HAWA tau permintaan ADAM tak mungkin membawa HAWA ke kancah maksiat... namun, HAWA lemah... HAWA takut zina hati... ✐ ADAM, mengertilah... setiap kali 'sms' diterima.. HAWA keliru... ingin sekali HAWA membiarkan sahaja.. tapi HAWA akur tuntutan sahabat... HAWA tewas... HAWA reply juga... mengenangkan ADAM adalah sahabat.... ✐ ADAM, mengertilah... setiap layanan yg HAWA beri hanya sekadar membantu.. mungkin HAWA adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat ADAM.. memudahkan perjalanan hidup ADAM.. jgn disalah tafsir apa yg HAWA berikan.. ✐ ADAM, mengertilah... HAWA mengharapkan ADAM menjaga HAWA.. namun, bukanlah 'couple' yg HAWA pinta... tapi cukuplah sekadar tidak memandang HAWA.. cukuplah sekadar menghormati HAWA sebagai HAWA.. jgn dipinta apa yg tak mampu HAWA berikan.. kerana HAWA milik Allah sepenuhnya... ••► ADAM, mengertilah...:') »»



 Aku akan berhenti memikirkanmu...
dan aku akan benar-benar melepaskan ikatan dihatiku...

Aku hanya akan merubah diriku menjadi yang terbaik hanya Kerana ALLAH, bukan kerana menginginkanmu...
akan aku lepaskan belenggu ini,
yang membuat hatiku semakin rapuh kerana cinta yang penuh dengan tanda tanya...

Biarlah kau teruskan perjalananmu untuk jadi yang terbaik buat seseorang yang ditakdirkan untukmu... Akupun begitu...

Aku kan melanjutkan perjalananku untuk jadi makmum yang terbaik buat seseorang yang akan menjadi imamku meskipun itu bukanlah dirimu...

...kerana kini aku telah yakin bahawa... "Aku mungkin tak dapat menikahi orang yang aku cinta, tetapi wajib bagiku mencintai orang yang aku nikahi"

Ku berharap kau mendapatkan yang terbaik daripadaku...
...dan doakanku agar aku juga mendapatkan yang terbaik hingga aku mampu tenang dengan pilihanNYA meskipun itu bukanlah dirimu...


No comments:

Post a Comment